PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, saban hari kita dihidangkan dengan
pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu
pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan
di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan
akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin
berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama
ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Seiring dengan
kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian
ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak
ketinggalan juga yang mengkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah
disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah
penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak.
Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses pembelajaran.
Antara contoh perbuatan khurafat atau karut yang
diamalkan oleh masyarakt kita pada zaman ini ialah mempercayai azimat yang
boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang, mempercayai binatang seperti
burung boleh membawa tuah atau sial, membuang ancak bagi menghalau hantu
dan mengunjungi kubur yang dianggap keramat. Pada masa kini, kita
dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan termasuklah perfileman yang
berunsurkan hantu dan seram. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak
mahupun media elektronik. Pelbagai ciptaan atau rekaan alat-alat komunikasi
yang serba canggih turut menambahkan lagi sumber hiburan yang sedia ada.
Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini dapat mengundang
kealpaan juga memberi kesan negatif kepada masyarakat. Lambakan drama dan
filem yang berunsurkan tahyul, bidaah dan khurafat kini mula mendapat kritikan
daripada masyarakat yang prihatin dengan perkembangan ini. Ada yang mula
merasai keperluan untuk menghadkan pengeluaran drama dan filem sebegini, kerana
dikhuatiri mampu mendatangkan kesan maha negatif kepada masyarakat terutama
golongan muda-mudi. Sehinggakan mantan perdana menteri, Tun Dr.Mahathir sendiri
memberi pendapat bahawa lambakan filem dan drama sebegini harus dikaji akan
baik buruknya.
Antara filem yang mengandungi unsur-unsur khurafat ialah
Munafik, Jangan Pandang Belakang, Rasukan Ablasa, Histeria, Syaitan, Maut, Akhirat, Zombi
Kampung Pisang, Congkak, Pontianak Harum Sundal Malam, Waris
Jari Hantu. Manakala, drama yang berunsurkan khurafat ialah Puaka Niyang
Rapik, Anak Betong, Bilik 13, Seram, Susuk, Kliwon, Kekasihku
Seru.
PENGERTIAN UNSUR KHURAFAT
Maksud khurafat menurut Kamus Bahasa Arab ialah
cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta ( al
Mujam al Wasit). Manakala menurut Kamus Dewan ialah kepercayaan karut yang di
ada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian alam yang
berlaku. Pegertian khurafat dari segi Islam ialah semua cerita sama ada rekaan
atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan,
pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif
di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat
karut dan dusta.
Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan,
ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, konsep
prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin boleh
mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada seseorang. Padahal semua itu
merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama
Islam yang suci. Dalam masa yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang
sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia merupakan sesuatu yang
batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur kebenaran.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud,
'' Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izi Allah), tidak ada malang pada
burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai).
" Amalan khurafat juga berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib setiap
kepercayaan, perlakuan di ikuti dengan perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib
adalah salah satu perkara yang termasuk dalam iman. Namun demikian, amalan
khurafat ini mengalir pergantungan manusia kepada Allah s.a.w kepada makhluk
yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam.
Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak
merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak
berkaitan dengan ketuhanan. Manakala khurafat yang merosakkan akidah iaitu
melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti pemujaan, bersemah dan membuat ancak.
PUNCA KHURAFAT DALAM FILEM
KEPENTINGAN BERIBADI
- Bagi
mendapatkan kepentingan duniawi , manusia sanggup melakukan apa sahaja
walaupun terpaksa mengadaikan nyawa dan agamanya dan terlibat dengan
gejala mungkar . sebagai contoh pengarah filem sanggup menghasilkan file
yang berunsurkan khurafat semata-mata untuk mendapat keuntungan.
KECETEKAN ILMU AGAMA
- Ilmu itu amat luas jika seseorang manusia tidak menimba ilmu secukupnya, perkara seperti terpengaruh dengan perkara-perkara khurafat akan berlaku. oleh itu, sesorang itu mestilah menimba ilmu agama dengan secukupnya bagi mengelakkan kita terpengaruh dengan isu ini.
KESAN KHURAFAT DALAM FILEM
MEMPERBODOHKAN MASYARAKAT
- Islam
tidak menerima apa sahaja perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat
termasuk menvisualkan jin dan syaitan dalam drama atau filem. Drama dan
filem seram amat membahayakan kerana dia boleh menyumbang kepada
penyelewengan akidah. Oleh itu, umat islam akan terpesong dari akidahnya
dan Negara kita tidak mampu menjadi Negara yang maju.
CERITA TAHYUL DIJADIKAN TAHYUL SEMATA-MATA
- Cerita-cerita
tahyul tidak memberikan faedah kepada masyarakat kerana eleman rekaan yag
disampaikan terlalu sarat berbanding moral yang hendak disampaikan
.Masyarakat juga memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada syirik
ini menyebabkan manusia mengambil ringan permasalahan akidah dan hidup
hanya untuk bersuka-ria
PENGARUH KEPADA KANAK-KANAK
- Kanak-kanak
belajar dari pemerhatian. Televisyen merupakan pengaruh terbesar kepada
kanak-kanak yang memberi kesan dari aspek tingkah laku yang ditonjolkan,
pemahaman dan percakapan. Perkara ini akan menyebabkan kanak-kanak
terikut-ikut dengan perkara tahyul ini dan memberi kesan kepada mereka
pada masa akan datang.
Firman Allah Taala dalam Al-Quran,
يا بني آدم لا يفتننكم
الشيطانكما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما سوآتهما إنه يراكم هو
وقبيله من حيث لا ترونهم إنا جعلنا الشياطين أولياء للذين لا يؤمنون
“Wahai anak Adam! Janganlah engkau diperdaya oleh syaitan
sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga, sambil ia
menyebabkan terlucutnya pakaian merka berdua untuk memperlihatkan aurat merka
kepada mereka (yang sebelum itu tertutup) Sesungguhnya syaitan
dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak
dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu
teman rapat bagi orang yang tidak beriman”
Di sini dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak punca dan akibat yang
diperolehi daripada filem yang berunsur khurafat terutama perfileman di
Malaysia ini. Semakin hari semakin meningkat permintaan dalam penghasilan filem
yang berunsurkan khurafat ini, oleh itu, perkara ini perlulah dipandang berat
oleh pihak berkuasa, masyarakat dan setiap individu terutamanya yang beragama
Islam. Hal ini demikian kerana perfileman yang berunsur khurafat ini perlu
dikawal dan ditapis bagi memastikan keselamatan dan imej umat Islam terjamin.
ISU-ISU FILEM DI MALAYSIA
HANTU BONCENG
Filem
“Hantu Bonceng” yang mengaut keuntungan RM8 juta dikritik hebat
kerana mempunyai dialog pelakonnya Ziza Razak jelas sekali menghina Rasulullah
SAW dengan menyebut “ Ashaduanna Muhammadar Syaitan”, ditambah dengan
mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjid dan
beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu. Seterusnya, terdapat satu babak
cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat penuh
rakus dalam keadaan merasuk.
Selain
itu terdapat juga babak dalam filem “Maut” yang memberi
gambaran tentang kehidupan selepas kematian dan seksaan-seksaan yang akan
berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah kerana penonton akan
menganggap seksaan yang akan berlaku adalah benar-benar seperti yang
digambarkan.
MANTRA
Filem seram ini
mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri
sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana
Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri
Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.
Di dalam penjara,
Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya.
Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan
ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara
dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan
isteri dan terdesak, Pak Long telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu
memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan
tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong
wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.
Setelah ayat dan
kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu
Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk
hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam
sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam
miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.
KHURAFAT
Khurafat mengisahkan
perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam
diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita.
Tetapi, manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan
nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Kisah bermula dengan
Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin
dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan
hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan.
Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan
namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih
lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya
bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan
menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.
CARA MENYELESAIKAN
MASALAH
- Bagi mengatasi amalan
khurafat, kita haruslah memberi pendidikan islam secara meluas kepada
golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Iaitu dengan mendirikan
kelas-kelas pengajian atau tidak fomal melalui aktiviti atau program yang
membincangkan isu dan permasalahan masyarakat.
- Pihak berkuasa seperti pemerintah wajar
memainkan peranan secara menyeluruh dalam usaha membantu dan mendidik
masyarakat meninggalkan perbuatan yang boleh membatalkan iman. Antara
peranan yang boleh dilaksankan oleh pihak berkuasa adalah dengan
menghapuskan tempat menjalankan sesuatu upacara atau ritual tertentu.
- Para pendakwah penceramah dan
orang-orang yang berilmu perlu memberi penjelasan dan penerangan yang
lebih efektif kepada umat islam tentang keburukan amlan khurafta dalam
kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan ini, masyarakat boleh memahami
dengan lebih mendalam bahawa amalan khurafat ini boleh membatalkan iman
seseorang.
- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia hendaklah mengawasi penerbitan filem-filem yang berunsur khurafat. Unsur khurafat ini boleh memberi pengaruh negative kepada penonton. Pihak kementerian juga perlu menguatkuasakan undang-undang Akta suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi Multimedia (1998) supaya akta-akta tersebut memberi impak yang positif terhadap industry perfileman dan juga kepada penonton.
KESIMPULAN
Kesimpulan untuk isu ini ialah tindakan media
mempopularkan alam mistik telah melanggar batasan yang telah ditetapkan
oleh syarak secara khususnya dan menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya.Perkara
ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat. Masyarakat muslim yang
sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah akan bercabang pemusatan
akidah tanpa sedar.Oleh yang demikian,pihak berkuasa seharusnya
memandang serius kesalahan ini dan mengambil tindakan secara drastik.
Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan
Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan
kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika
berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci
dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.
No comments:
Post a Comment