Tuesday, March 26, 2019

Khurafat Dalam Perfileman

PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang mengkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses pembelajaran.
 Antara contoh perbuatan khurafat atau karut yang diamalkan oleh masyarakt kita pada zaman ini ialah mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang, mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial, membuang ancak bagi menghalau hantu dan mengunjungi kubur yang dianggap keramat. Pada masa kini, kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan termasuklah perfileman yang berunsurkan hantu dan seram. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Pelbagai ciptaan atau rekaan alat-alat komunikasi yang serba canggih turut menambahkan lagi sumber hiburan yang sedia ada.
Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini dapat mengundang kealpaan juga memberi kesan negatif kepada masyarakat. Lambakan drama dan filem yang berunsurkan tahyul, bidaah dan khurafat kini mula mendapat kritikan daripada masyarakat yang prihatin dengan perkembangan ini. Ada yang mula merasai keperluan untuk menghadkan pengeluaran drama dan filem sebegini, kerana dikhuatiri mampu mendatangkan kesan maha negatif kepada masyarakat terutama golongan muda-mudi. Sehinggakan mantan perdana menteri, Tun Dr.Mahathir sendiri memberi pendapat bahawa lambakan filem dan drama sebegini harus dikaji akan baik buruknya. 

Antara filem yang mengandungi unsur-unsur khurafat ialah Munafik, Jangan Pandang Belakang, Rasukan Ablasa, Histeria, Syaitan, Maut, Akhirat, Zombi Kampung Pisang, Congkak, Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu. Manakala, drama yang berunsurkan khurafat ialah Puaka Niyang Rapik, Anak Betong, Bilik 13, Seram, Susuk, Kliwon, Kekasihku Seru.

PENGERTIAN UNSUR KHURAFAT 

Maksud khurafat menurut Kamus Bahasa Arab ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta ( al Mujam al Wasit). Manakala menurut Kamus Dewan ialah kepercayaan karut yang di ada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian alam yang berlaku. Pegertian khurafat dari segi Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.

Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, konsep prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada seseorang. Padahal semua itu merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Dalam masa yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur kebenaran.

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, '' Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izi Allah), tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai). " Amalan khurafat juga berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib setiap kepercayaan, perlakuan di ikuti dengan perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk dalam iman. Namun demikian, amalan khurafat ini mengalir pergantungan manusia kepada Allah s.a.w kepada makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam.

Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan dengan ketuhanan. Manakala khurafat yang merosakkan akidah iaitu melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti pemujaan, bersemah dan membuat ancak.


PUNCA KHURAFAT DALAM FILEM

KEPENTINGAN BERIBADI
  • Bagi mendapatkan kepentingan duniawi , manusia sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa mengadaikan nyawa dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar . sebagai contoh pengarah filem sanggup menghasilkan file yang berunsurkan khurafat semata-mata untuk mendapat keuntungan.
KECETEKAN ILMU AGAMA
  • Ilmu itu amat luas jika seseorang manusia tidak menimba ilmu secukupnya, perkara seperti terpengaruh dengan perkara-perkara khurafat akan berlaku. oleh itu, sesorang itu mestilah menimba ilmu agama dengan secukupnya bagi mengelakkan kita terpengaruh dengan isu ini.

KESAN KHURAFAT DALAM FILEM

 MEMPERBODOHKAN MASYARAKAT
  • Islam tidak menerima apa sahaja perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk menvisualkan jin dan syaitan dalam drama atau filem. Drama dan filem seram amat membahayakan kerana dia boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah. Oleh itu, umat islam akan terpesong dari akidahnya dan Negara kita tidak mampu menjadi Negara yang maju.
CERITA TAHYUL DIJADIKAN TAHYUL SEMATA-MATA
  • Cerita-cerita tahyul tidak memberikan faedah kepada masyarakat kerana eleman rekaan yag disampaikan terlalu sarat berbanding moral yang hendak disampaikan .Masyarakat juga memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada syirik ini menyebabkan manusia mengambil ringan permasalahan akidah dan hidup hanya untuk bersuka-ria
PENGARUH KEPADA KANAK-KANAK
  • Kanak-kanak belajar dari pemerhatian. Televisyen merupakan pengaruh terbesar kepada kanak-kanak yang memberi kesan dari aspek tingkah laku yang ditonjolkan, pemahaman dan percakapan. Perkara ini akan menyebabkan kanak-kanak terikut-ikut dengan perkara tahyul ini dan memberi kesan kepada mereka pada masa akan datang.
Firman Allah Taala dalam Al-Quran,
يا بني آدم لا يفتننكم الشيطانكما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما سوآتهما إنه يراكم هو وقبيله من حيث لا ترونهم إنا جعلنا الشياطين أولياء للذين لا يؤمنون
“Wahai anak Adam! Janganlah engkau diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian merka berdua untuk memperlihatkan aurat merka kepada mereka (yang sebelum itu tertutup) Sesungguhnya  syaitan dan  kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman”
            Di sini dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak punca dan akibat yang diperolehi daripada filem yang berunsur khurafat terutama perfileman di Malaysia ini. Semakin hari semakin meningkat permintaan dalam penghasilan filem yang berunsurkan khurafat ini, oleh itu, perkara ini perlulah dipandang berat oleh pihak berkuasa, masyarakat dan setiap individu terutamanya yang beragama Islam. Hal ini demikian kerana perfileman yang berunsur khurafat ini perlu dikawal dan ditapis bagi memastikan keselamatan dan imej umat Islam terjamin.   

ISU-ISU FILEM DI MALAYSIA

HANTU BONCENG

             Filem “Hantu Bonceng” yang mengaut keuntungan RM8 juta dikritik hebat kerana mempunyai dialog pelakonnya Ziza Razak jelas sekali menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “ Ashaduanna Muhammadar Syaitan”, ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu. Seterusnya, terdapat satu babak cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat penuh rakus dalam keadaan merasuk.
             Selain itu terdapat juga babak dalam filem “Maut” yang memberi gambaran tentang kehidupan selepas kematian dan seksaan-seksaan yang akan berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah kerana penonton  akan menganggap seksaan yang akan berlaku adalah benar-benar seperti yang digambarkan.

MANTRA

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Pak Long telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

KHURAFAT

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tetapi, manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.

CARA MENYELESAIKAN MASALAH

  • Bagi mengatasi  amalan khurafat, kita haruslah memberi pendidikan islam secara meluas kepada golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Iaitu dengan mendirikan kelas-kelas pengajian atau tidak fomal melalui aktiviti atau program yang membincangkan isu dan permasalahan masyarakat.
  • Pihak berkuasa seperti pemerintah wajar memainkan peranan secara menyeluruh dalam usaha membantu dan mendidik masyarakat meninggalkan perbuatan yang boleh membatalkan iman. Antara peranan yang boleh dilaksankan oleh pihak berkuasa adalah dengan menghapuskan tempat menjalankan sesuatu upacara atau ritual tertentu.
  • Para pendakwah penceramah dan orang-orang yang berilmu perlu memberi penjelasan dan penerangan yang lebih efektif kepada umat islam tentang keburukan amlan khurafta dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan ini, masyarakat boleh memahami dengan lebih mendalam bahawa amalan khurafat ini boleh membatalkan iman seseorang.
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia hendaklah mengawasi penerbitan filem-filem yang berunsur khurafat. Unsur khurafat ini boleh memberi pengaruh negative kepada penonton. Pihak kementerian juga perlu menguatkuasakan undang-undang Akta suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi Multimedia (1998) supaya akta-akta tersebut memberi impak yang positif terhadap industry perfileman dan juga kepada penonton.
KESIMPULAN

           Kesimpulan untuk isu ini ialah tindakan media mempopularkan alam mistik telah melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh syarak secara khususnya dan menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya.Perkara ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat. Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah akan bercabang pemusatan akidah tanpa sedar.Oleh yang demikian,pihak berkuasa seharusnya memandang serius kesalahan ini dan mengambil tindakan secara drastik.

           Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.